4 Rahsia Warna, Personaliti Dan Bahasa Manusia

Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Ada yang jenis lasak, jenis fun, ada yang pendiam, ada orang sangat caring, malah ada juga yang ego dan suka marah-marah. 

Nak tak kita kenali cara bahasa dan personaliti 4 warna manusia. 

Kuning, Biru, Merah, Hijau

Kenapa kita perlu kenal warna setiap orang di sekitar kita? 

  • Warna setiap ahli keluarga kita?
  • Warna anak-anak murid kita? 
  • Warna pekerja (jika anda bos)? 
  • Dan sebagainya 

Supaya kita lebih mudah bercakap dalam bahasa mereka. Lebih mudah untuk sampaikan mesej dan untuk memahami apa yang mereka suka. Apa yang mereka inginkan. Bila kita faham personaliti mereka, lebih mudah untuk kita berinteraksi. 

Contohnya, anda seorang ketua di sebuah jabatan pemasaran. Dan tugas anda untuk menyelia anak-anak buah supaya bersemangat dan dapat cari sales yang tinggi. 

Jadi, mula-mula anda perlu kenal personaliti anak-anak buah anda. Jika anak buah anda jenis orang warna merah, anda tak boleh marah-marah dia. Tapi anda perlu puji dan bagi cabaran pada dia. Haaa baru la dia semangat nak buat sales.

.

Contoh ayat, ” Bagus, hebat awak ni boleh buat sales rm100, 000 tapi dulu ada seorang anak buah saya boleh buat rm20, 000 sebulan”

Ok la belum apa-apa dah bagi contoh hehe

Jom kenali 4 personaliti / 4 warna manusia ☺️

1. Kuning 

  • Orang kuning ini mudah tertarik dengan perkataan HELP/BANTU
  • Contoh orang warna kuning : Sukarelawan, guru tadika dan lain-lain
  • Mereka ini lebih mementingkan kebajikan dan keperluan orang lain
  • Contoh perkataan yang selalu mereka cakap, “Saya nak tolong dia” “Saya susah hati lihat dia sedih
  • Orang yang suka bercerita mengenai kebajikan
  • Jika anda dalam bisnes dan mencari seorang agent warna kuning, ayat yang perlu kita katakan adalah seperti, 

“Buat bisnes ini bagus kerana berapa ramai orang yang dulu muka berjerawat sekarang dapat muka yang bersih” 

“Berapa ramai ibu yang menyusukan anak dapat kita bantu melalui jualan milkbooster”

Ok, sekian mengenai orang KUNING 

2. BIRU

  • Orang yang bewarna biru sering dikaitkan dengan FUN.
  • Suka pergi majlis keramaian, party
  • Suka travel, suka dapat jumpa dengan orang-orang baru
  • Banyak idea
  • Sukakan keseronokan, suka adventure. Lasak
  • Dalam bisnes, jika nak naikkan semangat dia berbisnes, kita perlu ceritakan mengenai keseronokan
  • Contoh : 

“Jom pergi training minggu depan, ada banyak orang baru dan banyak aktiviti menarik” 

“Jom buat bisnes betul-betul, boleh kita pergi melancong kat Eropah

Anda orang biru kah? ?

3. MERAH

  • Golongan ini sangat tertarik dengan perkataan : duit, kejayaan, hadiah, trofi, anugerah, dan sukakan persaingan
  • Ego tinggi, bila bercakap tak nak kalah
  • Pantang di cabar 
  • Cara tackle orang merah : puji dan cabar/challenge 

4. HIJAU

  • Digolongkan dalam kalangan orang yang berminat dengan DATA atau FAKTA
  • Contoh : Doktor, Engineer
  • Susah nak bercakap dan perlu ambil masa untuk serasi dengan orang lain
  • Banyak bertanya untuk kepastian
  • Orang hijau tidak suka pada majlis keramaian
  • Social skill agak kurang
  • Dalam bisnes, orang hijau bermula agak lambat kerana banyak benda yang dia nak cari kepastian dulu.
  • Namun, walaupun bermula dengan lambat tapi selepas itu ia kukuh dan setia.
  • Cara handle orang hijau dalam bisnes : Perlu di bantu dalam menyediakan apa yang diperlukan untuk menguatkan keyakinannya. Perlu tunjukkan data/secara berilmiah

.

Penting ke kenali personaliti manusia ni? Penting jika kita nak orang lain cepat faham apa yang kita nak sampaikan. Jimat masa kan

Kita bercakap dalam bahasa orang tersebut. Kalau orang tu jenis orang kuning yang suka buat kebajikan, jangan pula kita cakap kat dia “Jom lah buat bisnes ni, boleh dapat income sejuta ooo, boleh jalan keliling dunia bla bla bla” hehe memang orang kuning buat dek je la ?

Bagaimana kita nak tahu warna seseorang tu? 

Ada beberapa soalan yang kita boleh tanyakan. Antaranya :

  • Tanya apa pekerjaan dia
  • Apa hobi dia
  • Apa perasaan dia ketika kerja dan apa perasaan dia ketika buat hobi dia? 

Ini basic sahaja, kita boleh teka warna seseorang itu bila kita selalu berbual dengan dia. Buat aktiviti bersama dan sebagainya. 

Ok, itu sahaja ringkasan untuk mengenali 4 warna manusia. Atau 4 personaliti manusia. Biasanya manusia ada keempat-empat warna ini dalam diri kita. Namun ada 1-2 warna yang menjadi tunjang diri kita. 
Korang warna apa? ?

.

Kalau nak lebih details, anda kena cari kelas yang menyediakan program mengenali personaliti @ character manusia ☺️

1 comment for “4 Rahsia Warna, Personaliti Dan Bahasa Manusia

  1. October 22, 2017 at 9:51 am

    Saya suka semua warna..hahaha

    Itu yang peliknya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *