Apa Itu DHA Dan Kebaikannya Untuk Kanak-Kanak

Apa Itu DHA Dan Kebaikannya Untuk Kanak-Kanak | Perasan tak, syarikat pengeluar susu formula berlumba-lumba mengeluarkan susu yang tinggi DHA.

.

Iklan susu di televisyen pun banyak menunjukkan mengenai anak yang bijak dengan pengambilan susu formula tinggi DHA.

.

Saya sendiri pun dulu ralit membelek kandungan DHA pada label susu formula. Nak tengok DHA susu mana yang lebih tinggi hehehe

.

Sebelum itu, tahukah anda apa itu DHA? 

APA ITU DHA ?

DHA atau Docosahexaenoic Acid adalah asid lemak penting Omega-3. Secara kimia, DHA adalah Carboxilyc Acid dengan 22-rantai karbon dan enam ikatan ganda; ikatan ganda yang pertama terletak di karbon ketiga dari hujung omega.

.

Salah satu sumber DHA adalah di dalam minyak ikan. Sebagian besar DHA pada ikan dan organisme yang lebih kompleks lain berasal dari mikroalge dari genus Schizochytrium, dan terkonsentrasi dalam organisme seiring dengan naiknya rantai makanan.

.

DHA adalah asid lemak utama dalam phospolipid otak, terutama pada retina. Kekurangan DHA dapat menyebabkan kekurangan serotonin dalam otak dan dapat antara lain menyebabkan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), penyakit Alzheimer, dan depresi.

Boleh Terangkan Apa Itu DHA Dalam Bahasa Yang Lebih Mudah? 

Dalam bahasa mudah, DHA ialah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik.

.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. 

.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. 

DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

.
Antara Kebaikan DHA Untuk Kanak-Kanak :

.

  • Meningkatkan daya fokus
  • Perkembangan otak yang baik
  • Menajamkan penglihatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencegah ekzema

2 comments for “Apa Itu DHA Dan Kebaikannya Untuk Kanak-Kanak

  1. August 9, 2017 at 11:36 am

    Sangat baik diamalkan aatu keluarga terutamanya anak yg membesar dan kita dewasa bagus untuk kesihatan jantung.

    Tahniah puan entry yang bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *