Bagaimana Caranya Merangsang Bayi Dalam Rahim

Bagaimana caranya merangsang bayi dari dalam rahim? | Ibu hamil selalu disyorkan untuk berkomunikasi dengan bayi sejak bayi dalam kandungan. Ini kerana bayi dalam rahim boleh mendengar bunyi, merasa sentuhan lembut di perut, merasa panas sejuk serta turut terkesan dengan emosi ibu. 

Jom mulakan komunikasi dengan si comel yang berada di dalam rahim ibu. Suami, anak-anak yang lain, atuk nenek juga digalakkan turut serta dalam aktiviti ini ☺️

1. Mendengarkan Alunan Al Quran dan Muzik Lembut

Bagi orang Islam, sangat digalakkan kita mendengarkan serta membaca Al-Quran. Dan boleh juga mendengarkan bayi dengan frekuensi-frekuensi nada rendah/klasik. 

Aktiviti ini bagus dilakukan sebaik sahaja bayi dalam kandungan berusia lima bulan. Ianya baik untuk merangsang telinga dan menenangkan bayi. 

Banyak kajian menunjukkan fetus menunjukkan tindak balas terhadap muzik jika dilakukan secara konsisten. Muzik atau alunan yang di dengar sejak di alam rahim akan memberi ketenangan kepada bayi setelah lahir. 

2. Kerap Berbicara

Kerap berbual-bual dengan bayi anda seolah-olah bayi sudah dilahirkan. Sambil bercakap, sambil urut lembut bahagian perut ibu. Dengan cara ini, bayi akan mengenali suara anda. 

3. Sentuhan

Ibu pasti sering mengusap perut, menyentuh malah menepuk lembut perut kan? Tahukah anda, itu salah satu bentuk komunikasi dengan bayi di dalam rahim. Anda boleh jadikan aktiviti menyapu krim untuk elakkan ‘stretchmarks’ sambip menyanyi / berbual / memperdengarkan bacaan Al-Quran. 

4. Cahaya

Bayi dalam kandungan juga memberi tindak balas kepada cahaya. Contohnya, anda berjemur di kawasan pantai. Bayi juga turut merasa hangat/panas. 

Jika ibu sering melakukan rangsangan pada bayi secara konsisten, ia akan menjalinkan pertalian yang erat dengan ibunya. Peruntukkan masa yang khusus untuk merangsang bayi anda setiap hari ☺️

2 comments for “Bagaimana Caranya Merangsang Bayi Dalam Rahim

  1. October 17, 2017 at 2:01 am

    Nice sharing…memang sangat berguna info ni utk merangsang pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu

    • elnaomie
      October 19, 2017 at 11:58 am

      Dari masa preggy dah boleh buat rangsangan pada baby 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *