Bagaimana Saya Merawat Chicken Pox Anak

Bagaimana Saya Merawat Chicken Pox Anak | Selepas hantar mak balik rumah di JB, saya terus ke branch Shaklee di Taman Molek. 

Masa tu baru perasan eh kenapa kat leher Aliff ada merah-merah. Kena gatal-gatal ke apa ni. 

Bila balik rumah, tak syak apa-apa lagi. Bila buka baju nak mandi, baru nampak kat belakang badan dan depan badan ada biji-biji merah. Sah, chicken pox! 

Kononnya nak cari air kelapa, entah kenapa sampai ke malam cari tak jumpa. Kedai semua tak ada stok air kelapa. 

Saya mandikan dengan Basic-H. Caranya, curahkan Basic H dalam 1 sudu besar ke dalam baldi. Lepas itu, buka air paip penuhkan baldi. Air akan jadi berbuih-buih. Suka la budak-budak nampak buih tu. 

Mandi pakai air Basic H tu. Buih-buih tu buat macam sabun. Lumur satu badan termasuk kepala. Air Basic H ni bagusnya menyejukkan badan, bersih tanpa ph sabun. Secara alami gitu

Lap kering-kering dan saya sapu krim Herbal Blend. Selepas makan malam, saya berikan Vitalea For Children dan Chewable Vita C. Kebetulan, Nutriferon kat rumah habis. Jadi makan vitamin apa yang ada. Berikan juga air Performance Drink untuk elakkan badan panas. 

Tujuan saya berikan Vitalea For Children dan Chewable Vita C adalah untuk kuatkan imun badan dia dalam melawan kuman Chicken Pox tersebut

Hari ke Dua

Bersambung lah episod cari info dengan pakcik google hehe dari page pertama hingga page ke 3-4 saya baca pengalaman kawan-kawan lain.

Rata-rata suruh minum air kelapa supaya chicken pox keluar semuanya. Selain itu, google juga suruh cari daun semambu (daun neem) dan macam-macam lagi. 

Kemudian, saya terbaca 1 sharing di blog. Maaf, saya tak save nama blog. InshaAllah, kalau saya cari dan jumpa, saya akan update di sini. 

Beliau cakap, dia tak kisah rawatan moden atau tradisional. Yang penting dia nak rawatan yang cepat sembuh. Katanya, ada doktor mengatakan tiada bukti atau kajian yang menunjukkan kebaikan air kelapa dalam merawat chicken pox. Katanya, bila minum air kelapa, semua vitamin, minarel, racun dalam badan dikeluarkan. Senang kata, di neutralkan. Kesannya chicken pox keluar lebih banyak kerana badan tak dapat melawan kuman tersebut. 

Jadinya, saya terpengaruh hehe dan rasa serba salah nak bagi air kelapa atau tidak. Sudahnya, saya tak cari dah air kelapa. Husband pun cakap tak payah. 

Gambar hari pertama tak sempat ambil. Mommy tak ingat ☺️

Ini gambar hari ke 2. Gambar selepas mandi dan dah disapukan dengan Herbal Blend

Gambar hari ke 3. Diambil pada waktu petang

Hari ke empat tak ambil gambar. 

Hari ke lima

Hari ke lima. Gambar selepas mandi pagi dan sudah disapu herbal blend

Setakat hari ke lima ni, nampak perubahan yang baik. Semakin sembuh. Chicken pox di muka semakin kering dan banyak yang tak tinggalkan parut. Cuma parut yang agak ketara di leher. 

Tapi tak apa, yang paling utama kesembuhan. Selepas itu baru fikirkan untuk hilangkan parut. Rajin-rajin sapu #herbalBlend inshaAllah akan hilang parut tersebut.

Malam hari ke lima ni, neneknya belikan air kelapa. Jadi, saya bagi la minum 1 cawan. 

Hari ke enam

Saya tengok dah sembuh 90%. Parut mengecil, kering. Rutin seperti biasa. Mandi masih dengan Basic H. Sapukan Herbal Blend dan makan vitamin untui kuatkan badan anak melawan virus chicken pox. Adiknya, Dhia 5 tahun nampaknya tak berjangkit dengan abangnya, Aliff,  7 tahun. 

Untuk makluman, chicken pox anak saya, Aliff di muka, leher, depan badan, tangan dan belakang badan. Di kaki ada sedikit sahaja. 

Hari ke tujuh, alhamdulillah sembuh sepenuhnya. Hanya tinggal sedikit parut-parut di leher dan badan. 

Sekian sahaja coretan yang agak panjang kali ini. Sekadar berkongsi pengalaman untuk ibu-ibu yang anak alami chicken pox. Semoga sharing ini bermanfaat 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *