Bayar Tunggakan PTPTN RM1000

Bayar Tunggakan PTPTN RM1000 | Ini la ‘hasilnya’ asyik tertangguh (terlupa) nak bayar ansuran bulanan PTPTN hehe

.

Nasib RM1k kalau RM10k haruuu 

.

Jadi, sebagai peminjam kena la bayar (skema je ayat). Saya bayar guna JomPay. First time sebenarnya guna JomPay ni. Selalu direct transfer dari bank je ☺️

.

Okay, jom saya share cara nak bayar guna JomPay. Boleh cari di kedai yang ada paparkan logo JomPay atau guna je perbankan internet (internet banking).

.

Saya guna perbankan internet Maybank2u. Mula-mula log in semua macam biasa. Pilih pada Account & BankingBill Payment > JomPay.


Lupa nak cakap. Sebelum pergi Maybank2u (atau apa-apa bank yang korang guna), kena buat semakan kat JomPay dulu.  Untuk dapatkan biller code dan Ref 1.

.
Ref 1 ni ialah satu nombor unik untuk PTPTN kenalpasti akaun korang. 

.

Lepas dapat biller code dan Ref 1, baru pergi semula ke perbankan internet ya.

.

Isikan Biller code dan Ref 1 ikut sebijik macam dalam semakan JomPay.

.

Ref 2 pula isikan dengan no telefon korang. 


Masukkan amount yang nak di bayar, dari akaun bank apa (kalau banyak sangat akaun dalam 1 bank tu). Dapatkan tac no. Siap! ?

.

Lepas dah berjaya buat first transaction, boleh la korang set payment tu sebagai favourites.

Akan datang, next payment dah senang. ☺️


Selamat membayar, boleh juga guna KWSP akaun 2 untuk kurangkan atau langsaikan pinjaman. Semoga asbab kita semua niat nak langsaikan hutang ini, moga Allah bukakan lebih banyak pintu-pintu rezeki, inshaAllah, aamiiin Ya Allah Ya Mujib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *