Bilakah Pembentukan Otak Bayi Dalam Kandungan Berlaku? 

Tahukah Anda Bilakah Waktu Terjadinya Pembentukan Otak Bayi Dalam Kandungan?|Pembentukan otak janin berlaku sangat pantas terutama pada trimester ketiga. Iaitu sejak kehamilan berusia 25 minggu hinggalah anak berusia dua tahun

.

Otak bayi semasa lahir adalah 350 gram dan kemudian meningkat sehingga 1200 gram semasa mencecah usia setahun.

.

Otak merupakan bahagian organ manusia yang sangat kompleks dan penting. Pada minggu-minggu pertama kehamilan, otak telah mengambil hampir keseluruhan ukuran janin.

.
Tahap-tahap pembentukan dan perkembangan otak janin berlaku secara berperingkat. Ia dimulai dengan pembentukan lapisan saraf (neural plate) 

Usia Kehamilan 3-4 Minggu

Lapisan saraf akan menggulung membentuk tiub saraf (neural tube)

Usia Kehamilan 2-3 Bulan

Serebrum embrio di hujung tiub saraf, batang otak, serebrum dan bahagian-bahagian lain mula kelihatan.

.

Usia Kehamilan 3-4 Bulan

Proses produksi dan penambahan jumlah sel saraf (proliferasi) berlaku.

.

Usia Kehamilan 3-5 Bulan

Migrasi atau perpindahan sel saraf berlaku.

.

(sumber dari buku : Indahnya Dunia Hamilku!)

Proses pertambahan jumlah sel saraf selesai sebaik bayi dilahirkan dan pada usia 2 tahun, jumlahnya tidak akan bertambah lagi.

.

Semua proses tersebut berlaku secara semulajadi dan dipengaruhi oleh rangsangan dan pemakanan.

.

Oleh itu, setiap ibu bapa perlu memahami tahap perkembangan otak bayi secara umum.

.

.

Persiapkan diri dengan ilmu, rangsangan, nutrisi dari sebelum hamil, semasa hamil, selepas kelahiran termasuklah penyusuan susu ibu


.

Cara Meningkatkan Fungsi Otak Bayi Sejak Dari Dalam Rahim


2 comments for “Bilakah Pembentukan Otak Bayi Dalam Kandungan Berlaku? 

  1. Nur
    September 10, 2017 at 3:00 pm

    Wah saya baru tahu ni. Kalau tak baca ni, memang tak tahu. Penting ni. Thanks el ??

    • elnaomie
      September 11, 2017 at 12:53 pm

      Dari awal kehamilan lagi otak baby dah mula terbentuk dan berkembang sangat pesat pada trimester akhir ☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *