Ikuti Tips Mudah Tidur Lena Cara Orang Cina

Siapa susah tidur malam? Nak tips mudah bagi lena tidur tak?

.

❤️ BUAT RENDAMAN KAKI ❤️

Amalan ini sudah lama diamalkan oleh orang-orang cina dalam usaha mengekalkan kesihatan mereka. 

Rendaman kaki dengan air panas ini dikatakan dapat : 

  • Mengeluarkan toksin
  • Meningkatkan peredaran darah (blood circulation) 
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Memberi tidur yang lena
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Memberi kesan yang baik untuk kulit (skin complexion) 
  • Dan banyak lagi, terutamanya bila dilakukan konsisten bertahun-tahun

Amalan ini juga banyak dilakukan oleh orang melayu. Ada yang mencampurkan rendaman air ini dengan herba, garam bukit atau bunga-bungaan segar. 

Namun, cara atau tips yang saya ingin kongsikan ini adalah dari kawan berbangsa cina. 

Caranya ialah dengan menggunakan AIR PANAS. Ya, air panas bukan air suam. Tapiiii bukanlah air yang mendidih tu, lain pula jadinya nanti hehehe

Cara-caranya :

  1. Sediakan bekas atau besen yang sesuai. Dan masukkan air panas. 
  2. Duduk dan masukkan kaki sedikit ke dalam air panas. Masuk sedikit-sedikit. 
  3. Bila dah serasi dengan air panas tersebut, perlahan-lahan masukkan kaki hingga ke dasar bekas/besen
  4. Rilex. Rendam sekurang-kurangnya 20 minit
  5. Lap kaki dan boleh tidur lena 

Senang je kan? Tinggal rajin dengan tak rajin je. So rajin-rajinkanlah diri. Tak susah pun, kos pun tak mahal. 

Amalan seperti ini harus dilakukan secara konsisten, baru lah dapat nikmati hasilnya untuk jangka masa panjang 😄

Lepas itu, makanlah Ostematrix. Kandungan magnesium dalam Ostematrix menjadikan tidur kita lebih lena dan rilex. Bangun pagi segar, buang air pun lawas.

Jom rendam kaki! Legaaaaa je rasa lepas tu 😄

Rendam kaki membuatkan tidur lebih lena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *