Khasiat Daun Pudina Yang Hebat Untuk Kesihatan

Khasiat Daun Pudina Yang Hebat Untuk Kesihatan |PUDINA (Mentha pipenta) merupakan sejenis tumbuhan kategori herba dari keluarga Lamiaceae yang sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap makanan dan sebagai ulam. 

Daun pudina enak dimakan begitu sahaja


Tanaman ini juga merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak ditanam secara kecil-kecilan di Malaysia. Ramai yang tidak sedar bahawa pudina bukan sahaja dapat membantu menyegarkan bau mulut tapi daun yang unik ini dapat membantu pelbagai perkara lagi. 

.

Hasil kajian pudina menunjukkan pudina mengandungi menthol, menthone dan ester menthyl.  Pudina mengandungi sejumlah besar mineral dan vitamin.

.

1- MELEGAKAN OTOT PERUT

Sifat karminatif pudina boleh membantu senak, kembung perut dan sakit perut. Yang mana pudina ini sendiri memberi kesan tenang kepada pemakannyanya. Kesan yang positive ini membantu kepada mereka yang mengalami masalah kekejangan otot terutama di bahagian perut.

.

2- MENGATASI MASALAH GASTRIK

Daun Pudina antaranya mampu mengatasi rawatan masalah gastrik. Cara rawatannya amat mudah iaitu dengan mengambil daun pudina  dan dibasuh bersih-bersih. 

Kemudian ambil satu cawan air panas seperti hendak buat  air teh O kosong (tanpa gula) dan rendam sebanyak 2 – 3 helai daun pudina ke dalam teh tersebut. Tutupkan dengan rapat dan biarkan lebih kurang dalam 5-10 minit. Apabila serasi dan sejuk maka kita minum air itu.

.

3- MEMBANTU PROSES PENGHADAMAN

Membantu proses penghadaman. Ia juga kerap digunakan untuk mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness bagi ibu mengandung. Daun pudina juga dapat mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit termasuk mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah dan hilang selera makan. 

.

4- MERANGSANG PENGELUARAN PELUH

.

Kerap demam? Daun ini dapat merangsang pengeluaran peluh sekaligus mengurangkan risiko demam akibat selsema dan demam lebih cepat kebah. 

.

5- MELEGAKAN KETIDAKSELESAAN PERUT

Daun pudina yang sememangnya sudah dikenali ramai tetapi tidak diketahui kebaikan daun pudina ini. Antaranya ialah ia dapat melegakan ketidakselesaan perut seperti loya, mengurangkan rasa kesakitan cirit-birit, melegekan kesan sampingan seperti muntah-muntah dan hilang selera makan, mengurangkan mabuk laut atau darat dan sebagainya.

Banyak kan khasiat daun pudina. Nak lebih senang dan concentrated, anda boleh amalkan PEPPERMINT GINGER PLUS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *