Nak Tahu Mengapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee? 

Nak Tahu Tak Mengapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee? | Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba tak tahu kan kan? 

.

Macam saya la dulu tu. Macam pernah dengar nama Shaklee tapi tak pernah ambil tahu. Lagi la dulu media sosial tak semeriah sekarang. Kalau tak cari memang tak tau la jawabnya. 

Kadang-kala Allah temukan kita dengan sesuatu (baca : rezeki)  tu melalui masalah (baca : ujian). Saya jumpa Shaklee sebab saya ada masalah hb low yang teruk. Bacaan hb dah lebih 3 rendah. Rendah yang tak boleh diampunkan.

.

Memang nurse bagi last chance. Next appointment mesti naik. Kalau tak naik terpaksa ambil injection kat punggung setiap hari huhu. Jangan main-main dengan anemia ni, kata nurse. Bahaya.  

.

Kemudian saya mencari ikhtiar lain dan Allah temukan saya dengan Vitalea. Saya makan konsisten dan bila buat pemeriksaan bulanan, bacaan hb bukan setakat naik tapi melonjakkk dari 7-8 ke 12.8.  Tak pernah-pernah jejak 12 sebelum ini.

.

Dek kerana gembira, saya dapatkan lagi info mengenai produk Shaklee yang lain dan saya cuba pula ESP. Kiranya semasa hamil, saya amalkan Vitalea dan ESP. Ini sahaja yang saya sempat berkenalan. Sayangnya tak ambil 1 set lengkap. 

.

Dan kerana happy dengan kesan semasa hamil, saya tambahkan lagi pembacaan mengenai vitamin. Dan saya decide untuk berpantang sepenuhnya dengan vitamin. Saya dapatkan Set Pantang Shaklee. Saya tidak ambil apa-apa jamu semasa pantang kali ke dua ini. Amalan tradisional seperti berurut, bertungku, bengkung, pakai stokin saya buat dengan disiplin. 

.

Kesan yang saya dapat semasa berpantang juga, alhamdulillah sangat-sangat best. Saya bersyukur dan sangat puas hati dengan set pantang shaklee. Rasa perbazaan yang sangat ketara berbanding semasa berpantang anak pertama.

  • Badan saya bertenaga, walaupun menjaga 1 anak yang ligat (umur 2 tahun) dan jaga baby. Saya berpantang sendiri.
  • Luka cepatttt sembuh, tak seperti masa anak pertama yang memakan masa hampir sebulan.
  • Saya tak ada pening kepala atau rasa nak pitam. Cergas setiap hari walaupun malam kurang tidur kerana menjaga baby
  • Berat badan saya turun lebih dari asal. Mungkin kerana saya menyusukan baby sepenuhnya. 
  • Selain itu, masalah kulit saya yang sensitif dan jerawat hilang. Ya hilang. Masalah alahan pada makanan pun hilang. Masalah alahan ni dah bertahun-tahun dan adakalanya rasa rimas jugak. Sekarang, alhamdulillah dah tak ada apa-apa masalah kalau makan sotong ke, ketam ke hehe syukur 

.

KUALITI PRODUK

Sebenarnya saya jatuh cinta pada Shaklee bukan semata-mata kerana kesan yang saya dapat sahaja. Tapi lebih dari itu.

Saya mula belajar mengenai nutrisi, vitamin, masalah kesihatan dan sebagainya.

Tahukah anda vitamin Shaklee ialah vitamin yang berkualiti dan semulajadi. (bukan vitamin sintetik) 

Vitamin Shaklee juga mempunyai Landmark Study. Ianya adalah satu kajian yang membuktikan vitamin Shaklee selamat di ambil untuk jangka masa panjang. Ianya tidak meninggalkan residue berbahaya seperti vitamin sintetik.

.

KESIHATAN BERTAMBAH BAIK

Dulu sebulan sekali mesti kami akan ke klinik. Kerap demam, selsema, batuk dan sebagainya. Dan untuk sakit-sakit yang disebabkan virus seperti ini, selalunya kami akan diberikan paracetamol, ubat tahan sakit, ubat batuk dan ubat selsema.

Tapi, semenjak kami konsisten dengan vitamin, kami sudah jarang jatuh sakit, alhamdulillah. Namun jika mula rasa badan seperti nak demam, kami cepat-cepat tambahkan dos vitamin untuk kuatkan imun melawan virus tersebut. Begitulah cara kami mengambil langkah awal bila terasa nak demam dan sebagainya.

.

PELUANG TAMBAH PENDAPATAN

Setelah berpuas hati dengan Shaklee lebih kurang setahun selepas itu, saya buat keputusan untuk daftar sebagai ahli Shaklee. Masa tu, bayaran ialah rm65. Saya jadi ahli sebab nak makan vitamin pada harga ahli.

Kemudian, saya fikir takkan saya nak sihat sorang-sorang. Apa kata saya bantu ramai ibu seperti saya untuk tahu yang vitamin Shaklee dapat bantu meningkatkan tahap kesihatan diri kita sekeluarga. Jadi bermula lah episod saya buat sharing di blog, fb, sesama kawan-kawan dan keluarga. 

Hasilnya, saya dapat beberapa order dari mereka. Dan Alhamdulillah saya mula dapat bonus dari Shaklee. Bonus pertama saya berjumlah rm80++. Untuk beginner seperti saya,  saya happy sangat dan lebih bersemangat.  

Kemudian, saya lebih serius dalam Shaklee dan mula dapat bonus 4 angka sehingga sekarang. Saya juga berjaya mendapat car bonus dan national trip yang ditawarkan oleh Shaklee.

Saya sayang Shaklee kerana kualiti produknya serta ukhuwah yang saya dapat dengan customer dan team saya. 

Saya sangat gembira bila dapat membantu ramai orang yang memerlukan Shaklee untuk upgrade kesihatan dan membantu ramai orang untuk menambah pendapatan.

.

Ini adalah beberapa sebab yang menyebabkan saya jatuh cinta pada Shaklee sampai sekarang. Saya ada passion dan ‘jiwa’ dengan Shaklee. Sebab itu saya sentiasa bersemangat bila bercerita tentang Shaklee ?

Jom dapatkan vitamin dan produk Shaklee yang berkualiti hari ini. Jika anda nak mulakan bisnes Shaklee juga di alu-alukan. 

.

Ell,  

Whatsapp/Tel/Sms : 016-7113576

Untuk direct whatsapp, klik sini

3 comments for “Nak Tahu Mengapa Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee? 

  1. October 7, 2017 at 1:50 pm

    stori yang amat menarik..

    kalau kena injection hari-hari..

    azab juga tu…

    HB ada kaitan dengan amenia ..

    baru tahu.

    • elnaomie
      October 19, 2017 at 11:57 am

      Terpanjang stori kali ni hehe bahaya bila hb terlalu rendah, terutama masa mengandung

      • October 19, 2017 at 1:35 pm

        oh ya..begitu la ceritanya..

        sungguh kasihan kepada mereka yang mempunyai HB yang rendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *