Rahsia Kecantikan Dengan Daun Pudina

Rahsia Kecantikan Dengan Daun Pudina |Ini daun pudina yang ditanam di dalam pasu di rumah saya. Daun pudina kat rumah ni sentiasa tumbuh pucuk baru tapi tak rimbun-rimbun ๐Ÿ˜„ Mungkin sebab saya tak letak apa-apa baja. 

Daun pudina kesayangan saya yang berbau harum


.

Rajin petik daun pudina ini untuk dicampurkan dalam masakan.  Masak kurma, kari atau buat ulam sahaja. 

Boleh juga dicampur dalam minuman seperti teh o, sirap, soda, infuse water dan sebagainya. Marvellous rasanya. 

Kalau kita petik beberapa helai daun dan masuk ke rumah, pasti suami akan tanya ambil daun mint ke? Sebab dia boleh bau. Tak boleh nak buat surprise air lemon + mint ๐Ÿ˜„

Saya nak kongsi 1 info best ni tentang pudina dan kecantikan. Rupanya ia salah satu rahsia kecantikan orang cina untuk dapatkan kulit yang licin dan cantik. 

Daun pudina boleh dibuat sebagai masker muka tau! Saya dah cuba tau, memang best! 

Cara-cara buat masker daun pudina : 

– Lumatkan / tumbuk daun pudina. Campur dengan madu

* Boleh juga campur madu + yogurt + kunyit

– Sapukan di muka. Biarkan dalam 20 minit

– Cuci bersih dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan liang-liang pori. 

Kesannya :

Rasa muka macam berangin masa pakai masker ni. Lepas cuci muka,  rasa kulit lebih lembut ๐Ÿ˜„

Bagusnya buat konsisten la setiap minggu.

Daun mint atau pudina ni berkhasiat bukan untuk kecantikan sahaja tapi bagus juga diMAKAN untuk kesihatan

Beberapa khasiat daun pudina untuk kesihatan dan kecantikan adalah seperti berikut:

.

1. Daun pudina mengatasi masalah ketidakhadaman dan masalah pencernaan. 

.

2. Daun pudina mengatasi masalah berkaitan saluran pernafasan dan sakit kepala

.

3. Daun pudina merawat masalah kulit

Seperti masalah jerawat, bintik-bintik, kulit kasar, kulit kusam dan sebagainya

.

4. Daun pudina melancarkan haid

MANA NAK DAPATKAN DAUN PUDINA/MINT HARI-HARI? 
Tanamlah ๐Ÿ˜„ 

Atau beli kat pasaraya, cuma daun pudina ini cepat layu di dalam peti sejuk. 

Nak lagi senang, pure concentrated, lagi superb, korang boleh amalkan makan PEPPERMINT GINGER PLUS โค๏ธโค๏ธโค๏ธ ๐Ÿ˜„

Gabungan mantap daun pudina, halia dan lain-lain untuk kesihatan dan kecantikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *