Sarapan Pagi Berkhasiat Untuk Anak Ke Sekolah

Sarapan Pagi Berkhasiat Untuk Anak Ke Sekolah | Hari ini saya nak share apa yang saya sediakan sebagai sarapan untuk anak-anak saya. Sarapan adalah wajib sebelum mereka ke sekolah. 

Penting ya anak bersarapan dahulu sebelum ke sekolah. Biasanya, waktu rehat ialah pada pukul 10 pagi. Bayangkan anak dari bangun tidur sampai pukul 10 pagi tak makan apa-apa. Kelaparan. Dan kajian menunjukkan kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi akan kurang fokus dan mengantuk di sekolah. 

Anak saya dua orang. Yang sulung lelaki 7 tahun. Yang kedua, perempuan 5 tahun. 

Kedua-dua anak saya bersekolah, seorang di darjah 1 (pagi sek kebangsaan, petang sekolah agama). Dan yang kecil di tadika, sesi pagi. 

Sebagai ibu, saya faham kadang-kadang ada cabaran nak sediakan sarapan terbaik untuk mereka. Sebaiknya pagi kita tidak berikan makanan yang terlalu berat, kerana anak akan kekenyangan dan mengantuk. 

Walaupun kita hanya berikan sarapan yang ringan (light) tetapi haruslah berkualiti dan penuh nutrisi. 

Contohnya, berikan mereka makanan atau minuman berasaskan protein, buah-buahan, bijirin dan lain-lain.

Contoh sarapan yang saya beri pada anak-anak :

– Susu segar + Meal Shakes + roti sekeping

– Meal Shakes + roti sekeping

Roti sama ada di sapu dengan peanut butter atau buat sandwich telur

Simple je kan! Tapi inshaAllah berkhasiat dan mampu beri mereka tenaga dan kenyang lebih lama 😄

Saya highly recommended semua ibu ayah yang ada anak sekolah untuk berikan Meal Shakes sebagai sarapan. Sebabnya kita bukan sahaja nak anak kenyang, tapi lebih penting apa yang mereka makan tu memberi manfaat kepada kesihatan dan tumbesaran. 

Meal Shakes ni macam susu jugak. Pagi-pagi tuangkan susu segar dalam gelas, lepas tu campurkan 1-2 sudu Meal Shakes. Shakes sikit dan siap 1 cawan susu penuh nutrisi. 

Apa Yang Anak Dapat Dari Secawan Meal Shakes? 

1. Meal Shakes menyediakan nutrien yang lengkap

Memberi 24 jenis vitamin penting dari vitamin A ke Z mineral dan mineral surih. Kekurangan mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin yang menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

.

2. Meal Shakes menyediakan bekalan nutrien utama untuk sel

Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel vaksin yang lain-lain. Ia turut meningkatkan imun kanak-kanak.

.

3. Meal Shakes untuk fungsi tumbesaran

Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar kanak-kanak.

.

4. Meal Shakes untuk antioksidan

Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan komponen antioksida untuk melawan penuaan. Kanak-kanak juga terdedah kepada radikal bebas yang boleh melemahkan sel badan.

.

5. Meal Shakes dapat mencantikkan kulit

Mengandungi vitamin B-Complex, zat besi dan copper untuk membentuk sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus meningkatkan warna kulit muka dan mencantikkan kulit anak anda.

.

6. Meal Shakes agen detoksifikasi

Kaya dengan serat larut yang membantu (peristalsis kolon dan perut atau pergerakan usus) untuk mengeluarkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. Meal Shakes dapat atasi masalah sembelit yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

.

7. Rasa vanilla yang lazat untuk semua golongan

Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi, penambahan nutrien yang perlu untuk badan, tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Selain itu, untuk perkembangan minda dna keperluan DHA, ramai ibu yang berikan anak-anak Omega Guard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Current ye@r *